Saturday, 10 January 2015

2. JADUAL PENENTU KANDUNGAN



JADUAL PENENTU KANDUNGAN


Matapelajaran             : Feqah
Tahun                          :  4
Tajuk                           : Solat Jumaat
Pecahan Tajuk            :  Unit 1 : Pengertian Solat Jumaat
                                       Unit 2 : Syarat wajib dan syarat sah Solat Jumaat
                                       Unit 3 : Rukun Solat Jumaat dan Sunat Jumaat
                                       Unit 4 : Rukun Khutbah Jumaat
                                       Unit 5 : Syarat Sah dan Sunat Khutbah Jumaat
                                       Unit 6 : Hikmah Khutbah Jumaat dan Solat Jumaat

Unit/Tajuk
Pengetahuan dan Kefahaman

Analisis

Sintesis

Aplikasi

Penilaian
Konsep
Fakta
Kemahiran
Prinsip/Teori
Unit1 Pengertian Solat Jumaat
Pengertian Solat Jumaat:
Solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu zohor hari jumaat secara berjemaah

Dalil Naqli
-Al-quran
“Wahai orang-orang yang beriman , apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah( ke masjid untuk mengerjakan Solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli”
(ayat 9 :surah Al-Jumu’ah)

-Hadith
“Solat Jumaat adalah hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim lelaki dengan berjemaah”
(Abu daud & Hakim)
Solat Jumaat wajib dilakukan oleh lelaki muslim pada hari jumaat waktu zohor secara berjemaah.
-Menyoal
-Penerangan
-Kecerdasan pelbagai Bloom
Membanding beza Solat Jumaat dengan Solat Zohor
Bercerita mengenai Solat Jumaat.


x
Pemerhatian
-lisan
(soal jawab)
-penulisan
(lembaran kerja)
Unit 2
Syarat wajib dan syarat sah Solat Jumaat
Syarat wajib Solat Jumaat:
-Islam
-Baligh
-Berakal
-Sihat
-Bermastautin
-Merdeka

Syarat sah Solat Jumaat:
-Didirikan pada waktu zohor.
-Didahului dengan dua khutbah.
-Didirikan ditempat yang ditetapkan.
-Didirikan secara berjemaah sekurang- kurangnya 40 orang.
Syarat yang mewajibka-n Solat Jumaat dan syarat yang diperlukan untuk Solat Jumaat yang dilakukan sah.
-Menyoal
-Penerangan
-Banding beza
-Kecerdasan pelbagai Bloom
Membanding beza syarat wajib Solat Jumaat dengan syarat sah  Solat Jumaat
Membuat rumusan mengenai syarat wajib dan syarat sah  Solat Jumaat.


x
Pemerhatian
-lisan
(soal jawab)
-penulisan
(lembaran kerja)
Unit 3
Rukun Solat Jumaat dan Sunat Jumaat
Rukun Solat Jumaat
1)niat
2)berdiri betul bagi yang mampu
3)takbiratul ihram
4)membaca al-fatihah
5)ruku’ dengan toma’ninah
6)i’tidal dengan toma’ninah   
7)sujud dengan toma’ninah
8)duduk antara dua sujud
9)duduk tahyat akhir
10)membaca tahyat akhir
11)membaca selawat
12)salam
13)tertib

Sunat Jumaat
-Mandi sebelum pergi ke masjid
-Membersih dan memotong kuku tangan dan kaki
-Memakai wangi-wangian
-Memakai pakaian berwarna putih
-Datang awal ke masjid
-Masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan sambil baca doa dan niat i’tikaf
-Solat Tahyat Masjid sebelum duduk
-Berzikir dan membaca Al-quran
13 rukun solat yang perlu dilakukan dan beberapa perkara sunat dilakukan sebelum  Solat Jumaat.
-Menyoal
-Penerangan
-Banding beza
-Aplikasi
-Kecerdasan pelbagai Bloom


x
Membuat rumusan mengenai  rukun Solat Jumaat dan Sunat Jumaat.
Mengaplikasi
Pemerhatian
-lisan
(soal jawab)
-penulisan
(lembaran kerja)
Unit 4
Rukun  Khutbah Jumaat
Pengertian Khutbah Jumaat :
Syarahan yang mengandungi nasihat dan pengajaran dibaca sebelum Solat Jumaat.

Hukum Khutbah Jumaat:
Wajib

Rukun Khutbah Jumaat:
-Memuji Allah dalam Khutbah Pertama dan Kedua dengan lafaz “Alhamdulillah”
-Membaca selawat keatas nabi pada Khutbah Pertama dan Kedua ”Allahumma solli ala muhammad”.
-Memberi nasihat supaya bertaqwa kepada Allah pada Khutbah Pertama dan Kedua.
- Membaca ayat Al-quran pada Khutbah Pertama dan Kedua.
-Berdoa untuk muslimin dan muslimat pada Khutbah Kedua.



Khutbah Jumaat wajib dilakukan sebelum Solat Jumaat dan rukun-rukunnya wajib dipenuhi.
-Menyoal
-Penerangan
-Tunjuk cara
-Kecerdasan pelbagai Bloom
Membuat urutan rukun Khutbah Jumaat
Membuat rumusan mengenai Khutbah Jumaat
Lakonan
Pemerhatian
-lisan
(soal jawab)
-penulisan
(lembaran kerja)
Unit 5
Syarat Sah & Sunat Khutbah Jumaat
Syarat Sah Khutbah Jumaat
1)Khotib hendaklah seorang lelaki
2)Berturut-turut dua khutbah dan solat jumaat
3)Rukun khutbah dibaca didalam bahasa arab
4)Khotib hendaklah menutup aurat
5)Membaca dengan berdiri
6)Khotib suci daripada hadas
7)Khutbah disampaikan pada waktu zohor
8)Khotib suci daripada najis pada pakaian ,badan dan tempat
9)Khutbah disampaikan sebelum solat jumaat
10)Berkhutbah dengan suara nyaring
11)Duduk sebentar diantara dua khutbah
12)Khutbah didengari sekurang-kurangnya oleh 40 orang lelaki muallaf
Sunat Khutbah Jumaat
1)Khotib berkhutbah diatas mimbar atau tempat tinggi
2)Membaca khutbah dengan terang dan fasih
3)Memandang kepada para jemaah
4)Memberi salam sebelum berkhutbah
5)Khotib duduk selepas memberi salam
6)Khotib menyampaikan secara tertib
7)Khotib mengulang lafaz “alhamdulillah”
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk khutbah jumaat menjadi sah dan beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan oleh khatib semasa khutbah.
-Menyoal
-Penerangan
-Tunjuk cara
-Kecerdasan pelbagai Bloom


x
Membuat rumusan
Aplikasi
Pemerhatian
-lisan
(soal jawab)
-penulisan
(lembaran kerja)
Unit 6
Hikmah Khutbah Jumaat dan Solat Jumaat
Hikmah Khutbah Jumaat
-Dapat meningkatkan keyakinan terhadap syariat Allah dan Rasulullah SAW.
-Dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah.
-Dapat nasihat dan pengajaran daripada isi Khutbah.
-Dapat mengetahui hal ehwal semasa.
-Dapat mengeratkan silaturrahim.

Hikmah Solat Jumaat
-Menghimpun-kan orang islam supaya dapat berkenalan.
-Melatih taat kepada pemimpin dan berdisplin.
-Mengingati syariat islam yang menjadi panduan.
-Melaksanakan tuntutan jihad.


Antara hikmah khutbah jumaat ialah dapat menambahkan keimanan kepada Alllah disamping mendedahkan umat islam kepada hal ehwal semasa

Antara hikmah solat jumaat ialah dapat menghimp-unkan orang islam.


-Menyoal
-Penerangan

-Kecerdasan pelbagai Bloom


x
Mencerita-kan hikmah diadakan Solat Jumaat dan Khutbah Jumaat.

Membuat kesimpulan mengenai Solat Jumaat.


x
Pemerhatian
-lisan
(soal jawab)
-penulisan
(lembaran kerja)
                                   


No comments:

Post a Comment